Blog Post

10 Fakta Tentang Anugerah Puskas FIFA

10 Fakta Tentang Anugerah Puskas FIFA

15977481_10208543223881417_5699376775108411813_n

Faiz Subri berjaya mencatat sejarah sebagai pemain dari Malaysia pertama tercalon dalam Anugerah Puskas untuk tahun 2016 melalui gol sepakan percuma cantik ketika Pulau Pinang menentang Pahang. Malam semalam, satu lagi sejarah tercipta apabila gol tersebut telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Puskas di Majlis Anugerah FIFA yang berlangsung di Zurich menewaskan dua lagi pencabar Marlone dan Daniuska Rodriguez.

1. Nama Puskas diambil sempena pemain legenda tahun 1950 dan 1960an yang bermain untuk Real Madrid dan Hungary, iaitu Ferenc Puskas. Rekod jaringan beliau ialah 512 gol daripada 528 perlawanan.

2. Anugerah Puskas diperkenalkan oleh FIFA buat kali pertama pada tahun 2009 untuk memberi penghargaan kepada pemain lelaki atau wanita yang berjaya menjaringkan gol paling cantik dalam tempoh setahun.

3. Panel FIFA dan barisan pakar bola sepak akan memilih 10 gol terbaik sepanjang tahun sebagai calon-calon Anugerah Puskas. 3 gol yang mendapat jumlah undian tertinggi akan menjadi calon akhir dan undian di web FIFA akan dibuat sekali lagi untuk menentukan pemenang.

4. Pemain Real Madrid dan Portugal, Christiano Ronaldo merupakan pemain bola sepak pertama yang memenangi anugerah Puskas pada tahun 2009 hasil rembatan jarak jauh ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah Manchester United menentang Porto. Pilihan peribadi aku sebenarnya ialah gol solo Grafite ketika menentang Bayern Munich yang nampak lebih cool dan bersahaja.

5. Antara pemain bola sepak lain yang berjaya memenangi Anugerah Puskas untuk tahun-tahun berikutnya ialah Hamit Altintop (2010), Neymar (2011), Miroslav Stotch (2012), Zlatan Ibrahimovic (2013), James Rodriguez (2014) dan Wendell Lira (2015).

6. Teknik gol yang paling banyak menjadi pemenang untuk Anugerah Puskas ialah gol hasil sepakan volley. Sepakan volley ialah tendangan padu yang dilakukan ketika bola masih berada di udara. Antara pemenang Anugerah Puskas yang menjaringkan gol ini ialah Hamit Altintop, Miroslav Stotch dan James Rodriguez. Teknik kedua terbanyak ialah sepakan basikal yang dilakukan oleh Zlatan Ibrahimovic dan Wendell Lira.

7. Pemain bola sepak wanita Ireland, Stephanie Roche ialah pemain wanita pertama yang terpilih dalam tiga calon akhir untuk Anugerah Puskas 2014.

8. Pemain paling banyak tercalon untuk 10 gol terbaik bagi Anugerah Puskas ialah Neymar dan Lionel Messi sebanyak 5 kali diikuti Zlatan Ibrahimovic sebanyak 3 kali.

9. Gol Faiz Subri ialah gol sepakan percuma pertama yang berjaya memenangi Anugerah Puskas.

10. Rakyat Malaysia masih berjaya mengungguli mana-mana pertandingan yang memerlukan undian secara online. Malaysia boleh!

Sumber: Mohd Hazwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *