Blog Post

10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Menonton Filem Patriots Day

Semalam aku berkesempatan untuk menonton filem Patriots Day. Sebenarnya aku bukannya kaki wayang sangat tapi disebabkan filem ini diadaptasi dari tragedi sebenar dan melibatkan acara sukan jadinya aku berminat untuk tengok.

patriots-day

1. Patriots Day ialah filem berdasarkan kisah benar tragedi serangan bom ketika acara Marathon Boston pada 15 April 2013 yang mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang kanak-kanak dan mencederakan 274 orang yang lain.

2. Tommy Saunders (Mark Wallberg), seorang polis Boston berpangkat Sarjan telah ditugaskan untuk mengetuai kawalan di kawasan garisan penamat bersama-sama beberapa orang pegawai polis yang lain ketika acara marathon sedang berlangsung.

3. Watak-watak mangsa diperkenalkan di awal cerita sebelum acara marathon bermula. Antaranya pasangan suami isteri yang baru berkahwin Patrick Downes (Christopher O’shea) and Jessica Kensky (Rachel Brosnahan) dan juga seorang ayah Steve Woolfenden (Dustin Tucker) dan anaknya yang berusia tiga tahun Leo Woolfenden (Lucas Thor Kelley).

4. Gambaran acara marathon yang real menyebabkan kau seolah-olah tengok satu acara marathon secara langsung di skrin besar. Seperti biasa, atlet dari benua Afrika yang mendominasi acara ini.

5. Scene pasca letupan yang penuh dengan debaran dengan situasi kelam-kabut orang ramai menyelamatkan diri, jeritan mangsa-mangsa yang cedera meminta tolong, anggota keselamatan cuba menghalang pelari lain dari memasuki kawasan letupan dan bantuan kecemasan dari pasukan perubatan. Sejujurnya beberapa kali juga aku yang tak boleh tengok darah ni pejam mata bila scene ni.

6. Filem ini juga menggunakan rakaman video sebenar dari jurukamera media dan juga orang ramai ketika hari tragedi tersebut berlaku.

7. Mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah Peter Berg dalam filem ini ialah nilai kasih sayang dapat dilihat dari kebanyakan watak bermula dari watak utama hinggalah kepada watak-watak lain seperti watak anggota polis dan juga watak mangsa tragedi.

8. Semangat kerjasama antara penduduk Boston, keberanian anggota polis Boston dalam memburu suspek dan juga sokongan moral kepada mangsa tragedi melalui waktu-waktu yang sukar dalam hidup merupakan salah satu elemen yang dimasukkan oleh pengarah dalam filem ini.

9. Filem diakhiri dengan sesi temu bual bersama mangsa-mangsa tragedi Patrick Downes, Jessica Kensky dan Steve Woolfenden yang kehilangan kaki akibat tragedi tersebut dan juga mereka yang terlibat dalam menjalankan siasatan untuk kes itu. Selain itu, terdapat juga video Patrick Downes kembali berlari ketika acara Marathon Boston 2016 dan berjaya menamatkan perlumbaan dengan penuh emosi.

10. Ayat yang paling power aku rasa dialog Tommy Saunders yang lebih kurang macam ini maksudnya “Tidak kira berapa kali peristiwa seperti ini berlaku, selagi kita saling menyayangi antara satu sama lain, kita tak akan dikalahkan”.

Bila cerita dah nak habis, aku dengar orang kiri, kanan dengan belakang aku menangis. Mujur aku jenis kuat dan steady.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *