-10%

CRITICAL ELEVEN

RM23.00 RM20.70

Category:
  • Description
  • Reviews (0)

Description

Dalam dunia penerbangan, ada satu istilah dipanggil ‘critical eleven’, iaitu sebelas minit paling kritikal dalam pesawat – tiga minit selepas ‘take-off’ dan lapan minit sebelum ‘landing’ – kerana secara statistik, kecelakaan pesawat selalunya terjadi dalam minit-minit kritikal ini. It’s when the aircraft is most vulnerable to any danger.

In a way, it’s kinda the same with meeting people. Tiga minit pertamanya – imej pandangan pertama akan terbentuk. Dan lapan minit sebelum berpisah juga kritikal – senyuman, tindak tanduk dan ekspresi wajah menjadi tanda jika pertemuan itu akan menjadi permulaan kepada sesuatu atau sebaliknya.

Ale dan Anya bertemu kali pertama dalam penerbangan Jakarta–Sydney. Tiga minit pertama, Anya terpikat, tujuh jam berikutnya mereka duduk bersebelahan saling berkenalan dalam tawa, dan lapan minit sebelum berpisah, Ale yakin dia menginginkan Anya.

Kini, lima tahun setelah pertemuan itu, Ale dan Anya ditimpa satu dugaan besar dalam perhubungan mereka yang membuatkan mereka mempersoalkan semula pilihan mereka selama ini – termasuklah keputusan dalam ‘critical eleven’ pertemuan pertama mereka.

TRIVIA

  • Sewaktu pelancaran Critical Eleven di Indonesia, semua naskhah habis terjual dalam masa 11 minit saja.
  • Selama 3 bulan awal penerbitannya, novel ini sudah diulang cetak sebanyak 7 kali.
  • Novel ini telah diadaptasi ke filem oleh Starvision Plus, dan mendapat kerjasama Legacy Pictures kerana produser Legacy Pictures sangat sukakan novel Critical Eleven.
  • Sehingga 2017, filem Critical Eleven masih kekal dalam senarai 10 filem Indonesia dengan perolehan jumlah penonton tertinggi.

Reviews

There are no reviews yet. Add a review