-10%

MISTERI KEM MOTIVASI

RM22.00 RM19.80

Category:
  • Description
  • Reviews (0)

Description

Kedatangan Cikgu Suraya ke Sekolah Menengah Agama Haji Barokbah telah membuatkan sekolah bertukar ceria. Guru muda itu sungguh mempersonakan dan membuatkan mata-mata tidak berhenti memandangnya. Mat Piah menjadi angau dan mula mencari jalan untuk dekat dengan Cikgu Suraya, walaupun mendapat saingan yang hebat dari Cikgu Marzuki.

Setiap hari Mat Piah mencari jalan dan perkhemahan Kem Motivasi di Sungai Chillingmenjadi titik untuk menyemai cintanya. Pelajar-pelajar tingkatan lima bergembira tanpa menyedari sesuatu yang menakutkan telah menunggu kedatangan mereka ke situ. Lembaga dongeng yang bertubuh besar dan hamis, makhluk tidak berwajah yang dagunya terbelah hingga ke rengkung bahkan zombi yang tergantung.

Akhil, Widad, Cupin, Mat Piah dan Ahmad Maslang tersepit di antara nyawa dan keberanian. Sekali lagi mereka menempuhi malam yang panjang. Cuba menyelamatkan rakan-rakan mereka yang hilang satu persatu di kem motivasi. Meredah kegelapan demi menentang kejahatan dalam keadaan yang sungguh bangang dan menjengkelkan.

Reviews

There are no reviews yet. Add a review